Mansuhkan bayaran letak kenderaan
Bayaran letak kenderaan yang diluluskan oleh pihak perbandaran banyak menyusahkan penduduk di Manjung . Penduduk Manjung berasa kurang berpuas hati kerana sering didenda walaupun hanya meletak kenderaan beberapa minit untuk ke kedai.
Pihak peniaga juga berasa kurang senang dengan tindakan ini kerana pihak peniaga terpaksa membayar sebanyak Rm 100 sebulan ( 10 jam x 0.4 sejam x 25 hari) untuk meletak kenderan diluar kedai . pihak peniaga terpaksa membayar kerana mereka tiada tempat lain untuk meletak kereta.
Alasan mengapa bayaran letak kenderaan harus dimansuhkan :-
- bayaran letak kenderaan diambil dari jalan-jalan yang lama . Jalan –jalan lama ini tidak diselenggara atau diturap oleh majlis perbandaran . Jadi tiada sebab untuk bayaran letak kenderaan diambil.
- Tiada sebarang insuran diberikan untuk kenderan yang diletakkan atau ‘jaga’ ditugaskan untuk menjaga kenderaan . jadi , untuk apakah bayaran tersebut diambil ?
- Tiada sebarang pengubahsuaian atau pembinaan dijalankan sebelum dan selepas bayaran letak kenderaan dijalankan . Jadi mengapakah penduduk harus membayar bayaran letak kenderaan jika tiada sebarang perubahan . harus diambil kira bahawa penduduk telah lama meletakan kenderaan disini sebelum bayaran letak kenderaan diambil.
- Kos untuk memperkenalkan dan menguatkuasakan bayaran letak kenderaan ini amat tinggi dan membebankan pihak perbandaran . pihak perbandaran harus menyediakan papan tanda notis , membayar gaji penguatkuasa , membeli ‘hand held device’ untuk mengisu tiket saman , membeli motosikal untuk kegunaan pegawai dan kos untuk meneruskan bayaran letak kenderaan adalah tinggi . dengan memansuhkan bayaran letak kenderaan , pihak perbandaraan bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi tetapi juga dapat memudahkan urusan harian masyarakat Manjung . ini adalah ‘win-win situation’ kepada kedua dua pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment