Tuesday, May 20, 2008

fokus kommuniti

Perancangan pembangunan masyarakat
Perancangan pembangunan masyarakat adalah untuk meneroka kepentingan pembangunan terancang dan bagaimana pembangunan terancang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan .

Fokus kommuniti
Manjung , sebagaimana kebanyakan bandar memerlukan pelan tindakan untuk mengatasi masalah ekonomi , social dan alam sekitar . Masalah di Manjung adalah masalah tempatan yang dihadapi oleh penduduk . Kita menghadapi masalah ini di peringkat perbandaran dan masalah in boleh diselesaikan dengan penglibatan penduduk daerah Manjung

Setiap komuniti mesti membina visi dan pelan tindakan tersendiri . Tiada satu definasi utama bagi perbandaran terancang kerana setiap komunti harus membangunkan rancangan penbandaran tersendiri yang unik kepada mereka , tetapi , setiap perbandaran terancang mempunyai tema yang universal iaitu ekonomik yang produktif , masyarakat yang saksama dan persekitaran yang sihat .

Komuniti terancang harus mengetahui bahawa ekonomik dan struktur social saling bergabtung antara satu sama lain . Komuniti terancang juga akan memahami bahawa program dan polisi adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomik tempatan , social , ataupun perlindungan alam semulajadi . Pemimpin tempatan harus melihat menjangkaui ‘short-term-plan’ , mengenal pasti dan membina ‘long-term-plan’ untuk kepentingan masyarakat tempatan.
Bayangkan masyarakat di mana seseorang boleh hidup dengan aman damai , sihat dan sejahtera . Bayangkan sebuah masyarakat di mana air dan udara bersih , masyarakat di mana semua penduduk boleh menikmati kemudahan tempatan , flora dan fauna hidup dengan subur dan persekitaran yang kondukti . Dalam komuniti ini , penyertaaan penuh rakyat tempatan dalam keputusan pembangunan mesti dibenarkan . Rakyat tempatan mempunyai impak dalam masa depan masyarakat . Menitiberatkan pendidikan dan melatih belia tempatan untuk menaik taraf hidup dan memberi peluang untuk mereka memajukan diri di masa depan .

No comments: